AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNA

FELCRA bersedia laksanakan pelan transformasi bagi ransang ekonomi 111,462 pesertanya – Dr Abd Latiff Ahmad

176

KUALA LUMPUR 23 Jun 2020 – Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad yakin FELCRA bersedia melaksanakan pelan transformasi untuk menangani impak pandemik Covid-19 dan ketidakstabilan harga komoditi supaya dapat terus kekal memacu ekonomi syarikat serta meningkatkan pendapatan 111,462 pesertanya di luar bandar. 

Menurut Menteri KPLB tersebut semasa dalam lawatan kerjanya ke ibu pejabat FELCRA di sini semalam, beliau yakin peningkatan perkhidmatan yang cekap dan dinamik sesuai entiti unik FELCRA BHD sebagai social enterprise powerhouse, mampu memperjuang tanggungjawab sosial membabitkan lebih setengah juta ahli keluarga peserta FELCRA.

“Tidak dapat dinafikan penambahbaikkan yang diambil oleh pengurusan FELCRA di dalam menjamin kelestarian syarikat serta warga pesertanya tapi masih ada ruang yang boleh diperkasakan lagi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pemegang taruh” kata beliau.

Tiga komitmen utama FELCRA adalah seperti berikut :

  1. Melaksanakan urus tadbir korporat dengan cekap dan berkesan bagi memastikan kelestarian FELCRA sebagai entiti social enterprise powerhouse terjamin demi manfaat peserta.
  2. FELCRA perlu menyusun dengan jelas Line of Business yang kompeten serta bersedia melaksanakan transformasi menerusi project evolve yang dalam perangkaan.
  3. FELCRA perlu kekal memperjuangkan tanggungjawab sosial korporat kepada lebih setengah juta ahli keluarga peserta di seluruh negara. 

Tambah Dr Abd Latiff, FELCRA juga akan menggunakan tiga strategi utama untuk memperkasakan keyakinan, kesejahteraan dan ekonomi pesertanya. Beberapa langkah proaktif telah diambil pengurusan syarikat seperti mengukuhkan urus tadbir kewangan dan pengurusan tunai projek ladang milik peserta (penyatuan dan pemulihan).

“FELCRA perlu mengorak langkah pantas mengolah model perniagaan yang berdaya saing dan mempunyai permintaan tinggi dan berpotensi untuk menjana hasil pendapatan serta pulangan tinggi kepada peserta.

Pelanggan kita adalah ratusan ribu peserta dari luar bandar di seluruh negara, FELCRA sebagai penggerak dan pelaksana bertanggungjawab bagi memastikan kesejahteraan mereka” kata Datuk Dr Abd Latiff.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...