AMPendidikan @ My LNA

PIBG SMK Datok Lokman terima peruntukan RM150,000

319

KUALA LUMPUR 24 Jun 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Harun pada hari ini menyerahkan cek peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah sebanyak RM150,000 kepada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Datok Lokman.

Peruntukan tersebut diluluskan di atas pemohonan pihak PIBG sekolah bagi membina Dataran Berbumbung Sekolah di bawah Projek Mesra Rakyat ( PMR ) secara pemberian terus.

“Dataran berbumbung itu akan memberi keselesaan kepada pihak sekolah untuk mengadakan sebarang aktiviti.

Saya secara peribadi dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sememangnya berhasrat mahu melahirkan generasi muda yang cemerlang kerana merekalah bakal pemimpin pada masa depan.” kata Rina yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa melaui posting di Facebook rasminya hari ini.

Sumber Foto Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Terdahulu, Rina menyertai lawatan rasmi YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke sekolah tersebut pagi tadi. Beliau dapat lihat wajah-wajah ceria guru-guru dan pelajar.

“Terima kasih YAB Tan Sri Muhyiddin atas kesudian meluangkan masa melawat sekolah di Parlimen Titiwangsa.

Saya juga berpuas hati melihat Pengetua dan Guru melaksanakan pematuhan SOP yang ditetapkan. Kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, saya doakan kejayaan untuk semua.” ujar Rina.

Sumber Foto Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Turut hadir sama pada lawatan itu adalah Menteri Kanan Pendidikan (KPM), YB Senator Dr Radzi Jidin, Ketua Setiausaha (KPM), Datuk Dr Mohd Ghazali Abas, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Maznah Abu Bakar, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Dr Habibah Abdul Rahim dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), KPM, Adzman Talib.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...