AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Penyerahan Busana Tradisional ke Pejabat Kedutaan Malaysia Memperkasakan Aktiviti Seni, Budaya dan Warisan Negara

240

4 Januari 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyerahkan sebanyak 20 set busana tradisional etniketnik utama di Malaysia berserta aksesori lengkap untuk diagihkan kepada 20 Pejabat Perwakilan Malaysia yang strategik di luar negara. Ini merupakan sesi penyerahan kedua oleh MOTAC selepas penyerahan kali pertama kepada sepuluh (10) Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang telah dilaksanakan pada 27 Januari 2022.

MOTAC selaku peneraju diplomasi budaya meneruskan inisiatif diplomasi budaya fasa kedua kedua melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Pertubuhan Kraf Malaysia (Malaysia Craft Council) bagi memperkasakan program dan aktiviti seni, budaya dan warisan negara selaras dengan hala tuju Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021.

Majlis penyerahan telah disempurnakan secara bersama oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan di Putrajaya, semalam.

Program itu merupakan komitmen bersepadu antara MOTAC dan KLN untuk meningkatkan kefahaman khalayak antarabangsa terhadap aspek citra budaya Malaysia. Ia juga akan membantu Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara dalam mempromosikan seni dan budaya negara serta mengukuhkan kolaborasi budaya dengan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan antarabangsa. KLN juga komited dalam mengangkat usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) bersama MOTAC.

Kerjasama antara MOTAC dan KLN dalam usaha diplomasi budaya ini juga dilihat berupaya meningkatkan martabat seni dan budaya Malaysia di peringkat antarabangsa. Kerjasama strategik antara kedua-dua agensi Kerajaan ini dapat membantu ke arah meningkatkan lagi imej positif negara seterusnya mengangkat kuasa lunak Malaysia secara tidak langsung di arena antarabangsa.

Inisiatif diplomasi budaya ini turut mendukung aspirasi Malaysia MADANI ke arah mewujudkan negara yang mampan dan makmur berdasarkan keterangkuman budaya yang diamalkan oleh seluruh masyarakat di negara ini.

Antara pejabat kedutaan yang akan menerima set busana tradisional ini ialah Kedutaan Brunei Darussalam, Kedutaan Australia, Kedutaan Belanda, Kedutaan Itali, Keduataan Rusia, Kedutaan Afrika Selatan, Kedutaan UAE, Kedutaan New Zealand, Kedutaan Amerika Syarikat, Kedutaan Uzbekistan, Kedutaan Sepanyol, Kedutaan Indonesia, Kedutaan Vietnam, Kedutaan Brazil, Kedutaan Argentina, Kedutaan Qatar, Kedutaan Kanada, Kedutaan Austria dan Kedutaan Morocco.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...