AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

KDN gerakkan agensi dan aset hadapi banjir

326
Kredit Foto : Facebook IPD Pasir Puteh

Susulan hujan berterusan di beberapa negeri dan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah, anggota dan aset-aset Jabatan/Agensi pengurusan banjir di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di kawasan terjejas telah digerakkan.

Menurut KDN, tugas dan tanggungjawabnya diketuai oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah berpandukan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara).

“Gerak kerja PDRM turut dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sehingga kini, sejumlah 647 anggota PDRM dan 154 petugas RELA telah diatur gerak dengan kekuatan aset sebanyak 35 buah bot, 29 buah lori dan 56 kenderaan pacuan empat roda. Kekuatan anggota dan aset akan di tambah berdasarkan situasi bencana.” kata KDN.

KDN turut menasihatkan kepada seluruh rakyat yang berisiko terkesan akibat bencana banjir untuk sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, sentiasa berwaspada dan bertindak mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan
perkara yang tidak diigini berlaku.

“Kementerian juga ingin mengingatkan orang ramai supaya patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi melancarkan
operasi bantuan dan menyelamat mangsa-mangsa banjir.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...