AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNA

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

165
Bank Negara Malaysia (BNM). Sumber foto Halaman Web Rasmi BNM

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2023 (Bernama) — Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM42.43 bilion daripada RM45.31 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM27.79 bilion daripada RM25.80 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Bil-Bil Antara Bank Bank Negara.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Selain itu, BNM turut menyemak semula tender Murabahah semalaman daripada RM25.8 bilion kepada RM27.8 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM42.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM27.80 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus pada 26 Dis, 2023.

— BERNAMA

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...