BM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAUTAMA

Faisal calon Pengerusi BERSIH

427

Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz akan bertanding di dalam pemilihan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang akan diadakan pada esok.

Faisal yang merupakan graduan Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi BERSIH dari tahun 2018 hingga 2020.

“Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk menjadi Pengerusi BERSIH.

Saya harap dapat memimpin Bersih menjadi Gerakan Rakyat Membina Ruang Demokrasi Yang Berkesan.”katanya dalam satu ciapan di halaman X rasmi beliau hari ini.

Faisal turut dikenali sebagai pejuang keamanan dan hak asasi manusia terutamanya di dalam isu Palestin. Beliau juga memperjuangkan isu-isu alam sekitar terutamanya dengan bekerjasama bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Grass).

Kami di LNA mengucapkan selamat berjaya dan akan sentiasa menyokong perjuangan beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Guru sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan...