BM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAUTAMA

Faisal calon Pengerusi BERSIH

548

Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz akan bertanding di dalam pemilihan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan AdilĀ (BERSIH) yang akan diadakan pada esok.

Faisal yang merupakan graduan Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi BERSIH dari tahun 2018 hingga 2020.

“Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk menjadi Pengerusi BERSIH.

Saya harap dapat memimpin Bersih menjadi Gerakan Rakyat Membina Ruang Demokrasi Yang Berkesan.”katanya dalam satu ciapan di halaman X rasmi beliau hari ini.

Faisal turut dikenali sebagai pejuang keamanan dan hak asasi manusia terutamanya di dalam isu Palestin. Beliau juga memperjuangkan isu-isu alam sekitar terutamanya dengan bekerjasama bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Grass).

Kami di LNA mengucapkan selamat berjaya dan akan sentiasa menyokong perjuangan beliau.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...