AMCOVID-19 @ My LNAPendidikan @ My LNA

Slot Program TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro – KPM

164

3 Mei 2020 – Mulai esok (4 Mei 2020) Slot TV Pendidikan akan mula bersiaran di saluran Tutor TV, Astro . Kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro ini merupakan tambahan kepada siaran slot tersebut yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 6 April 2020 yang lepas.

Menurut KPM di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, inisiatif tersebut adalah untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian.

“Pendekatan ini akan dapat membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP.” jelas KPM.

Menurut KPM lagi, program tersebut akan disiarkan selama dua (2) jam pada setiap Isnin hingga Jumaat di mana waktu siaran adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi menerusi saluran 601 dan pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menerusi saluran 603. Rancangan berkenaan akan diulang siar pada pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang di saluran 601 dan pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang di saluran 603 pada hari yang sama.

“Selain itu, program ini juga dapat ditonton secara percuma pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO yang boleh dimuat turun menggunakan peranti dengan sistem pengoperasian Android dan iOS.

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan” tambah KPM.

Slot program TV Pendidikan melalui kerjasama dengan Astro ini diyakini akan memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa bagi membolehkan proses PdP dilaksanakan dengan lebih meluas, terutamanya dalam keadaan yang mencabar pada masa ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...