Home AM Institusi kebajikan JKM jalani program saringan Covid-19 – Rina Harun
AMCOVID-19Wanita

Institusi kebajikan JKM jalani program saringan Covid-19 – Rina Harun

KUALA LUMPUR, 19 Jan -- Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun ketika berucap pada Majlis Perasmian Dialog bersama Usahawan Wanita Malaysia di Hotel Premiera hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Seramai 200 orang penghuni dan kakitangan di Institusi Kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti Rumah Seri Kenangan Kemumin, Kelantan dan Rumah Ehsan Dungun, Terengganu telah memulakan proses saringan Covid-19 pada hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kementeriannya amat prihatin dan memandang serius akan kesihatan warga emas yang berada di institusi-institusi jagaan warga emas.

“Sehubungan dengan itu, saya telah menyarankan agar ujian pengesanan jangkitan Covid-19 dilakukan ke atas semua warga emas dan kakitangan di institusi bawah JKM.

“Atas dasar keprihatinan ini, KPWKM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melaksanakan program saringan Covid-19 di 17 buah institusi warga emas JKM,” kata Rina dalam satu kenyataan dari Putrajaya, hari ini.

Menurut Rina lagi, hal ini juga selaras dengan usaha untuk mematuhi saranan KKM bagi melindungi golongan berisiko tinggi seperti warga emas yang dikesan berdepan risiko kematian tertinggi sekiranya dijangkiti wabak Covid-19 disebabkan faktor umur dan juga penyakit kronik.

“Dijangka seramai 2500 orang penghuni warga emas dan 958 kakitangan JKM akan menjalankan saringan Covid-19.

“Program ini akan dilaksanakan secara berfasa di institusi kebajikan lain mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...