AMCOVID-19 @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNANiaga @ My LNA

Saifuddin arahkan FINAS agar menurunkan sebuah video informasi oleh Jawatankuasa Wajib Tayang

107

28 April 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Dato’ Saifuddin Abdullah pada hari ini mengarahkan pengurusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) agar menurunkan sebuah video informasi oleh Jawatankuasa Wajib Tayang setelah menerima pelbagai reaksi daripada penggiat industri perfileman.

Saifuddin berkata melalui kenyataan media pada Selasa, langkah ini dibuat untuk mengelakkan kekeliruan. Menurut beliau lagi, isi kandung video berdurasi selama kira-kira 3 minit lebih tersebut menggambarkan seolah-olah memberi satu janji pelaksanaan yang belum pasti.

“Kami di Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) peka terhadap situasi yang dihadapi oleh industri perfileman akibat wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KKMM akan mengadakan perbincangan khas antara KKMM, FINAS dan penggiat industri untuk merangka mekanisme tayangan semula, dan juga langkah-langkah untuk membantu mereka menghadapi cabaran dan merancakkan semula industri perfileman pasca wabak Covid-19.” jelas Saifuddin.

Tambah Saifuddin, beliau juga akan memperhalusi pelaksanaan skim wajib tayang atau sebarang insentif baharu yang mampu bagi merangsangkan semula industri perfileman pasca wabak Covid-19 nanti.

Untuk makluman, video tersebut menampilkan Ahli Perbadanan FINAS merangkap Pengerusi Wajib Tayang menggariskan syor dan langkah yang akan diambil oleh Jawatankuasa Skim Wajib Tayang pada pasca PKP COVID-19. Difahamkan video tersebut dihasilkan setelah beliau menerima banyak panggilan dari penerbit-penerbit filem tempatan bertanyakan mengenai apakah tindakan FINAS terhadap filem Wajib Tayang yang terkesan akibat COVID-19.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...