AMCOVID-19 @ My LNANiaga @ My LNA

Kelonggaran beroperasi sepenuhnya untuk beberapa sektor mulai esok – Azmin

77

28 April 2020 – Sektor-sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi pada PKP Tahap 1, 2 dan 3 boleh meningkatkan kapasiti beroperasi sepenuhnya tanpa sekatan masa mengikut keperluan industri masing-masing bermula esok.

Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) YBMK Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata walau bagaimanapun pihak syarikat di dalam sektor yang dibenarkan ini WAJIB mematuhi syarat-syarat Prosidur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi sektor masing-masing.

“Kegagalan syarikat mematuhi SOP akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta merta dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Sementara Kerajaan memberikan kelonggaran ini, rakyat dan pemilik perusahaan perlu memulakan ‘kebiasaan baharu’ dengan mematuhi penjarakan sosial di tempat kerja, kebersihan diri dan garis panduan kawalan kesihatan,” kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gombak ini turut berkata keputusan tersebut telah diambil dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang bersidang pada pagi ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin serta turut dihadiri oleh semua menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

“Inisiatif ini akan memberi anjakan kepada pemulihan sistem rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan domestik dan luar negara.

“Ini tentunya akan memberi impak positif kepada pendapatan syarikat khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana,” tambah Azmin lagi.

Pada 23 April yang lalu, Muhyddin telah mengumumkan bahawa kes-kes COVID-19 telah menurun dengan ketara susulan dari usaha berterusan pihak kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.

Tambah Azmin lagi, bagi memastikan pencapaian yang positif ini berterusan, kerajaan telah melanjutkan tempoh PKP sehingga 12 Mei 2020.

“Dengan pelanjutan ini, Kerajaan sedang mengkaji kaedah memulihkan ekonomi secara berperingkat.

“Ini merangkumi pembukaan beberapa sektor dan subsektor ekonomi tambahan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ketat bagi memastikan syarikat terus beroperasi dan pekerja berada dalam persekitaran yang selamat,” kata Azmin.

Azmin turut menjelaskan pihak syarikat yang telah diluluskan untuk beroperasi sebelum ini tidak lagi perlu memohon kepada MITI untuk mendapatkan kebenaran.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...