Home AM Lebih sejuta isi rumah telah mendapat manfaat dengan agihan bakul makanan sepanjang tempoh PKP – JKM
AMCOVID-19

Lebih sejuta isi rumah telah mendapat manfaat dengan agihan bakul makanan sepanjang tempoh PKP – JKM

Oleh Murali Ramachandran

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga kini telah mengagihkan sebanyak 336,916 bakul makanan yang telah memberi manfaat kepada 1.34 juta isi rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ketua Pengarah JKM Zulkifli Ismail berkata jumlah ini tidak termasuk sumbangan Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta, individu dan lain-lain.

“Sepanjang tempoh PKP ini, JKM telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pengurusan dan pengagihan bantuan bakul makanan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan RELA kepada rakyat yang memerlukan di seluruh Malaysia.

“Bakul-bakul makanan ini disediakan melalui sumber peruntukan Kementerian Kewangan dan dana Tabung COVID-19.

“Selain itu, JKM juga membantu pengagihan barangan sumbangan pelbagai pihak seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat swasta, individu dan lain-lain,” Zulkifli berkata dalam satu kenyataan hari ini Selasa, 28 April, 2020.

Tambah Zulkifli lagi, bermula fasa 4 pelaksanaan PKP pada 29 April 2020, KPWKM dan JKM telah memperkemaskan sistem penyampaian bantuan bakul makanan agar urusan pengagihan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

“Antara barangan keperluan asas yang diedarkan adalah beras, minyak masak, gula, tepung gandum, susu pekat, garam, mihun, ikan kering/bilis, kicap, sos cili, sardin, teh/kopi, biskut, rempah ratus dan cili kering.

“Sekiranya berlaku kekurangan stok barangan seperti yang disenaraikan atau atas permintaan pihak berkuasa tempatan dan golongan sasar khususnya di kawasan Perintah Kawalan Keselamatan Diperketatkan (PKPD), JKM Negeri (JKMN) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) akan membuat penggantian barangan yang bersesuaian,” Zulkifli berkata.

Dalam kenyataan tersebut, beliau juga berkata, bagi sumbangan yang disalurkan oleh pihak lain (NGO, syarikat swasta, individu dan lain-lain), peranan JKM adalah untuk menerima, memeriksa dan seterusnya mengagihkan sumbangan barangan kepada golongan yang memerlukan. Jenis, nilai dan kuantiti bantuan makanan serta kumpulan sasar penerima adalah tertakluk kepada budi bicara para penyumbang.

“Bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan akan diteruskan sepanjang tempoh PKP.

“Sekiranya dikenal pasti terdapat pihak yang memerlukan bantuan khususnya mereka yang belum pernah menerima sebarang bantuan makanan, aduan boleh dibuat kepada Bilik Gerakan JKM di talian 03-83231996 atau JKMN dan PKMD berhampiran dan, melalui Talian Kasih 15999. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” Kata Zulfifli.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...