AMCOVID-19 @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNANiaga @ My LNA

PKP : Dana berjumlah RM1,325,560.11 diluluskan untuk ITFC – Saifuddin

103

16 April 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah pada hari ini mengumumkan bahawa dana sebanyak RM1,325,560.11 telah diluluskan bagi Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC). Insentif tersebut adalah bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penerbit filem terus menghasilkan filem tempatan, selaras dengan keprihatinan Kerajaan terhadap nasib, keperluan dan keluhan penggiat-penggiat industri kreatif dan seni yang terjejas akibat wabak COVID-19.

“Pada 26 Mac 2020, saya telah mengadakan pertemuan sidang video dengan wakil-wakil persatuan-persatuan penggiat seni. Di samping itu, saya juga telah menerima cadangan-cadangan daripada warga penggiat seni, termasuk penggiat filem.

Dalam hal ini, pengurusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah mengangkat satu cadangan khusus iaitu tentang Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC), sebuah insentif bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penerbit filem terus menghasilkan filem tempatan.

Setelah berbincang dengan pengurusan tertinggi KKMM, maka, dengan ini saya mengumumkan bahawa dana sebanyak RM1,325,560.11 telah diluluskan kepada sebilangan syarikat yang layak.” kata Saifuddin di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut Saifuddin lagi, pihak pengurusan FINAS akan menghubungi syarikat-syarikat berkenaan dalam masa yang terdekat dan beliau berharap agar insentif ini dapat membantu mereka terus menerbit dan memasarkan hasil karya filem untuk pasaran tempatan dan global.

“Di samping itu, saya sedang mengadakan siri perbincangan dengan pelbagai pemegang taruh dan meneliti beberapa laporan penting dalam usaha bersepadu untuk memperkasa industri kreatif negara.” tambah Saifuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...