AM

DAKWAAN ORANG ASLI DI PULAU INDAH TERPUTUS BEKALAN MAKANAN TIDAK BENAR – KPLB

149

Oleh Murali Ramachandran

PUTRAJAYA 15 April 2020 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyangkal laporan sebuah portal berita yang mendakwa masyarakat Orang Asli Pulau Indah terputus bekalan makanan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 lalu.

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan pada 15 April 2020, kementerian tersebut membidas laporan portal tersebut dan berkata agihan bakul makanan dan kit kesihatan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad pada hari pertama fasa kedua PKP, 10 April lalu.

“Bantuan Bakul Makanan yang bernilai RM100 telah terlebih dahulu diagihkan pada fasa pertama dengan jumlah penerima 64 Ketua Isi Rumah berdasarkan maklumat yang diterima oleh Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah tersebut.

Jumlah penerima bantuan kemudiannya ditambah kepada 84 Ketua Isi Rumah dalam agihan fasa kedua pada 10 April lalu berdasarkan maklumat daripada Tok Batin Pulau Indah.

Fasa pertama membabitkan 49,670 Ketua Isi Rumah, manakala fasa kedua melibatkan 55,000 Ketua Isi Rumah berikutan ada yang berpindahrandah kembali ke kampung sejak pelaksanaan PKP”, jelas KPLB.

Kementerian tersebut turut mengulas kerajaan telah memperuntukkan RM11 juta untuk bakul makanan dan kit kesihatan kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, RM5 juta untuk agihan fasa pertama manakala RM6 juta bagi fasa kedua.

Ini sesuai dengan saranan YAB Perdana Menteri supaya tiada rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan kerajaan” tambah KPLB.

Menurut KPLB lagi, JAKOA telah mengagihkan bakul makanan dengan barang keperluan asas seperti beras 15 Kg, kicap, 2 tin sardin, tepung, susu, minyak masak, garam, the, gula pasir 1kg.

Untuk fasa kedua pula, JAKOA turut menambah topeng muka, sanitizer, sabun dan susu formula dalam bakul makanan tersebut.

“Di samping agihan bantuan daripada kerajaan, JAKOA juga turut terlibat menyelaras dan mengagihkan bantuan daripada agensi luar, pertubuhan badan bukan kerajaan termasuk ahli-ahli Parlimen.

JAKOA mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen yang turut menyumbang dalam membantu masyarakat Orang Asli” jelas KPLB.

Portal Malaysiakini dalam satu laporan khas pada 15 April 2020 berkata kononya lebih 80 keluarga orang asli suku Mahmeri Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Klang tidak mendapat bantuan yang mencukupi daripada JAKOA ketika tempoh PKP. Mereka yang majoritinya bekerja sebagai nelayan tidak dapat turun kelaut sepanjang tempoh PKP mengakibatkan mereka hilang sumber pendapatan.

Dalam laporan tersebut juga Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa yang JAKOA hanya memberi bantuan sekali sahaja semenjak tempoh PKP bermula pada 18 Mac yang lalu.

KPLB turut mengesa penduduk di sana untuk menghubungi Talian Hotline JAKOA: 03 – 21610577 yang beroperasi dari 8 pagi hingga 9 malam jika mengalami sebarang masalah dalam tempoh PKP.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...