AMCOVID-19 @ My LNA

Menteri KPWKM lawat Pusat Jagaan Rumah Siti Nor Aini

209

SELANGOR 10 April 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun telah mengambil kesempatan untuk turun padang ke Pusat Jagaan Rumah Siti Nor Aini bagi meninjau sendiri keadaan para penghuni serta kakitangan di institusi tersebut semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), sehingga ke hari ini, pusat jagaan tersebut telah menempatkan seramai 47 orang penghuni lelaki.

“Semasa lawatan ini, YB Datuk Seri Rina telah menzahirkan keprihatinan terhadap komitmen kakitangan dalam menjalankan tugas untuk memberi jagaan dan perlindungan kepada penghuni di institusi ini.

Beliau telah menyampaikan sumbangan yang berupa face mask, sarung tangan getah serta hand sanitizer dan juga keperluan peribadi seperti kain pelikat, tuala dan minyak rambut bagi kegunaan para penghuni.” jelas KPWKM.

Tambah Kementerian, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM11,280.00 kepada pusat jagaan ini bagi membantu keperluan para penghuni serta operasi pusat jagaan ini.

“Sumbangan ini merupakan inisiatif geran rangsum yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan sebanyak RM 2,712,480.00.” jelas KPWKM.

Semasa lawatan tersebut juga, YB Datuk Seri Rina turut berkongsi maklumat dan nasihat kepada kakitangan serta penghuni agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan menjaga keselamatan diri dengan mematuhi semua etika yang telah ditetapkan.

“Beliau juga turut mengucapkan terima kasih di atas usaha dan tenaga kerja setiap kakitangan bagi memastikan setiap penghuni di pusat jagaan ini berada dalam keadan yang selamat dan sihat.” kata KPWKM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...