Home AM PKP : Langkah-langkah KKMM bantu Industri Kreatif – Saifuddin
AMCOVID-19niaga

PKP : Langkah-langkah KKMM bantu Industri Kreatif – Saifuddin

13 April 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah berkata bahawa Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) amat mengambil berat terhadap nasib mereka yang terkesan dari segi ekonomi berikutan wabak COVID-19 yang melanda. Jesteru pelbagai usaha sedang dilaksanakan oleh KKMM untuk memastikan penggiat dan karyawan seni kreatif tempatan mampu menjana pendapatan dan menjaga kebajikan mereka.

“Sebagai langkah awal, saya telah bertemu wakil-wakil persatuan-persatuan karyawan seni dan kreatif tempatan pada 26 Mac 2020 melalui sidang video bagi mendengar dan memahami masalah yang dihadapi serta cadangan penyelesaian. Saya juga telah membawa suara mereka ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah mereka.

Bagi meringankan beban yang ditanggung, suntikan dana tambahan telah disalurkan kepada persatuan-persatuan yang dikenali pasti. Peruntukan ini adalah bagi membantu penggiat seni kelainan upaya, warga emas serta mereka yang terlantar sakit dan memerlukan bantuan perubatan.” jelas Saifuddin di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Menurut Saifuddin lagi, KKMM juga akan memastikan lebih banyak peluang pekerjaan dan kandungan kreatif dapat dihasilkan melalui Dana Kandungan Digital (DKD) melalui agensi-agensi KKMM seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Bagi mencapai matlamat tersebut dan menggalakkan lebih banyak permohonan, FINAS dan MDEC telah melanjutkan tarikh tutup permohonan DKD tahun ini pada 15 Mei 2020.

Tambah Saifuddin, KKMM turut akan menetapkan semula tarikh tayangan filem yang terjejas akibat Covid19. Bagi melaksanakan langkah ini, beliau akan mengarahkan Jawatankuasa Skim Wajib Tayang FINAS mengadakan perbincangan bersama pihak pawagam dan mengumumkan mekanisma penentuan cadangan tayangan semula ini dengan segera.

“Bagi memacu semula pelaburan dalam sektor perfileman, Insentif Penggambaran Filem di Malaysia (Filming in Malaysia Incentive- FIMI) telah di tambah baik. Kerajaan telah menurunkan kadar Kelayakan Perbelanjaan Produksi dalam Malaysia (Qualifying Malaysian Production Expenditure – QMPE) bagi penerbit tempatan kepada RM1.5 juta.

Di samping itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bahagian Pembangunan Kandungan (BPK) telah melancarkan program ‘Nyanyi dari Rumah’ dan ‘Muzik dari Rumah’ bagi membantu para penyanyi termasuk buskers yang tidak dapat menjana pendapatan akibat pembatalan program-program berkaitan.” ujar Saifuddin.

Mengenai permohonan dan cadangan untuk membenarkan sesi penggambaran dilakukan dan seterusnya membenarkan karyawan seni untuk keluar bekerja, Saifuddin memaklumkan bahawa walaupun terdapat perkembangan positif dalam usaha negara memerangi Covid19, keadaan masih belum 100% pulih.

“Nyawa dan keselamatan semua rakyat Malaysia harus diberi keutamaan. Saya akan membincangkan perkara ini dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara(MKN).” ujar Saifuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...