AMCOVID-19 @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

PKP : Peningkatan Kapasiti Jalur Lebar sedang giat dijalankan – Saifuddin Abdullah

85

14 April 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah meminta agar rakyat di negara ini bersabar dengan masalah kesesakan trafik Internet dan penurunan kelajuan muat turun (download) yang sedang dihadapi oleh mereka semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan.

“Menurut perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), aliran trafik Internet telah meningkat sebanyak 23.5% pada minggu pertama PKP, peningkatan sebanyak 8.6% pada minggu kedua PKP manakala pada minggu ketiga PKP pula aliran trafik Internet telah menurun sebanyak 1.6%. Trend ini menyebabkan kesesakan dan penurunan kelajuan muat turun, yang memberi kesan kepada pengalaman pengguna.” kata Saifuddin di dalam kenyataan media pada hari ini.

Menurut beliau pelbagai langkah telah diambil untuk menampung permintaan tinggi jalur lebar dalam kalangan rakyat terutamanya sepanjang PKP ini dan antaranya adalah pemberian Internet berkelajuan tinggi percuma dengan kapasiti 1GB untuk pelanggan pascabayar dan prabayar antara jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari sehingga PKP tamat. Selain itu, perkhidmatan jalur lebar tetap ditawarkan kepada pelanggan tanpa sebarang had data.

Saifuddin turut menerangkan bahawa melalui pelaburan tambahan bernilai RM400 juta seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) baru-baru ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), melalui MCMC, dengan kerjasama pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedang giat memperkukuhkan prestasi rangkaian masing-masing.

Antara usaha-usaha yang sedang dijalankan adalah :

  • Melaksanakan pengoptimuman rangkaian dan peningkatan kapasiti radio di kawasan yang mempunyai penggunaan yang tinggi;
  • Melaksanakan penyuraian penggunaan kapasiti rangkaian untuk memenuhi permintaan ”bandwidth” yang meningkat di premis kediaman;
  • Menaik taraf sambungan “backhaul” tanpa wayar kepada sambungan gentian optik;
  • Meningkatkan kapasiti rangkaian utama domestik termasuk menyediakan infrastruktur gentian optik baharu, meningkatkan “bandwidth” sambungtara dan menggunapakai kapasiti rizab;
  • Meningkatkan kapasiti rangkaian antarabangsa; dan
  • Menyediakan stesen pemancar mudah alih serta menyediakan akses Wi-Fi untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan trafik rangkaian di kawasan kritikal.

“Saya menyeru agar rakyat Malaysia dapat bersabar dan memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak industri dalam melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan “bandwidth” secara berterusan demi kebaikan bersama.

Saya yakin kesalinghubungan digital yang berdaya tahan bakal menanti rakyat apabila semua inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan dilaksanakan dengan hasil sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak berkepentingan untuk kesejahteraan semua.” ujar Saifuddin.

Semenjak PKP Fasa pertama dilaksanakan pada 18 Mac 2020 yang lepas, kebanyakan rakyat di negara ini menjalankan pekerjaan mereka dari rumah (Work From Home). Ini termasuk para pelajar sekolah yang turut menggunakan internet untuk melakukan ulangkaji pelajaran secara online.

Perubahan gaya hidup ini telah menjadikan penggunaan data internet meningkat secara mendadak dan pihak penyedia perkhidmatan (service provider) telekomunikasi sering didesak oleh para pengguna supaya meningkatkan keupayaan kualiti perkhidmatan masing-masing.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...