AMCOVID-19 @ My LNAKenyataan MediaNiaga @ My LNA

Syarikat Kredit Komuniti diseru beri moratorium kepada PKS – Zuraida

102

9 April 2020 – Kerajaan menyeru agar syarikat Kredit Komuniti memberikan moratorium kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ini susulan dari pengumuman YAB Perdana Menteri pada Isnin mengenai Langkah Tambahan Bagi Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN-Tambahan).

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin di dalam kenyataan media semalam, setelah berbincang dengan pihak Persatuan Pemberi Pinjaman Wang atau Kredit Komuniti, persatuan pajak gadai bersetuju memberi moratorium selama tiga (3) bulan dan Persatuan Peminjam Wang setuju mengecualikan caj kelewatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Syarikat Kredit Komuniti juga adalah diingatkan supaya TIDAK mengenakan caj faedah melebihi yang ditetapkan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] iaitu sebanyak 12% bagi pinjaman bercagar dan 18% bagi pinjaman tidak bercagar kepada peminjam sepanjang tempoh PKP. ” kata Zuraida.

Dalam pada itu, menurut Zuraida, dalam tempoh PKP ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menerima banyak pertanyaan daripada orang awam mengenai perkhidmatan Kredit Komuniti dan Pemegang Pajak Gadai melalui talian Hotline KPKT.

“Kerajaan dengan ini telah bersetuju agar premis syarikat Kredit Komuniti dan Pemegang Pajak Gadai dibenarkan beroperasi selama 2 hari seminggu dan tempoh masa operasi adalah dihadkan kepada 9 pagi hingga 2 petang sahaja.” ujar Zuraida.

Beliau turut menambah bahawa pihak syarikat perlu mematuhi arahan dan peraturan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] termasuklah mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, memakai topeng muka 3 lapis (3-ply face mask), menyediakan hand sanitizer kepada orang awam yang berurusan dan melakukan proses nyahkuman secara kerap di dalam premis (disinfection).

“Dengan ini, saya selaku Menteri KPKT menyeru semua pihak yang terlibat agar prihatin dengan saranan Kementerian dan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap setiap arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Orang awam dan syarikat PKS yang terlibat juga boleh mendapatkan maklumat mengenai perkara ini dan juga perkhidmatan KPKT yang lain di talian Hotline KPKT iaitu 03 8891 3975.” kata Zuraida.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...