AMCOVID-19 @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Program #MuzikDiRumah oleh KKMM

190

9 April 2020 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan melaksanakan inisiatif #MuzikDiRumah bagi menyediakan lebih banyak kandungan digital yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Inisiatif yang diinspirasikan daripada projek #togetherathome oleh artis-artis antarabangsa ini , adalah bertujuan untuk menghiburkan peminat-peminat muzik tempatan di samping mengalakkan mereka untuk duduk di rumah.

Menurut KKMM di dalam siaran media semalam, program ini akan menghimpunkan artis-artis ternama seperti Ayda Jebat, Kumpulan Hujan, Meet Uncle Hussain, Hazama, Stacy, Dr. Soo Wincci, Dato’ Jamal Abdillah dan pelbagai artis, pemuzik serta personaliti hiburan tanah air yang akan bersiaran secara atas talian di laman web www.muzik.my .

“Objektif konsert dan hiburan atas talian ini adalah pertama menghasilkan program-program hiburan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah. Kedua adalah memberi impak ekonomi yang sederhana serta menjana pendapatan kepada artis dan krew penerbitan yang terlibat.

Ketiga adalah menanam semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia di dalam mengharungi COVID19 bersama dan seterusnya adalah menyebarkan mesej-mesej positif dan maklumat penting melalui platform media sosial.” jelas KKMM.

Tambah KKMM, seramai lebih 300 artis serta krew produksi dan penerbit akan terlibat di dalam program-program yang merangkumi 8 konsert mega berdurasi 45 minit setiap satu oleh artis-artis ternama, 38 konsert mini berdurasi 30 minit dan 84 persembahan (1-2 lagu, pesanan khidmat awam, video temubual) oleh artis-artis tempatan.

Jelas KKMM, Program #MuzikDiRumah telah mula disiarkan sejak 8 April 2020. Buat masa ini terdapat dua video muzik di halaman web tersebut iaitu dari DJ Fuzz dan Rohana Jalil.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...