BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

19 Kerusi Dalam Genggaman, PH-BN Kedah yakin bentuk Kerajaan Negeri Baharu

323

ALOR SETAR, 9 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berkeyakinan tinggi sudah memiliki 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya memerlukan tiga lagi kerusi bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tambahan tiga kerusi itu akan membolehkan PH-BN mendapat majoriti mudah, sekali gus dapat mempersembahkan calon Menteri Besar baharu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallahuddin Badlishah.

“Saya masih berkeyakinan bahawa 16 kerusi sudah dalam genggaman kami, kita hanya nak mengejar tiga kerusi saja lagi, saya penuh yakin tiga kerusi itu sudah dicapai setakat ini.

Saya tak boleh sebut tiga kerusi itu di mana, itu rahsia dan kita tak mahu mengganggu kerana margin tiga kerusi itu kecil,” katanya dalam sidang media di Bangunan Tunku di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismai Salleh dan Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew.

Menurut Mahfuz, PH-BN dikira mendapat bonus jika gabungan itu memenangi lebih daripada 19 kerusi.

“Kita sedang usaha lonjak untuk dapat satu jumlah yang selesa, sebab kalau menang lebih daripada 19 kerusi, saya anggap itu satu bonus.

Kita tak perlu untuk kejar kepada satu jumlah yang sukar bagi kita untuk bergerak, jadi kita bergerak hanya untuk tiga kerusi kerana 16 kerusi sudah ada, majoriti mudah (19 kerusi) itu sudah ada,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...