AMCOVID-19 @ My LNAKenyataan Media

ABIM SAMBUT BAIK PERUNTUKAN KHUSUS UNTUK KAWASAN PARLIMEN DEMI KEBAJIKAN RAKYAT

97

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengalu-alukan peruntukan khusus berjumlah RM100,000 yang disalurkan kepada semua Ahli Parlimen pembangkang demi menjaga kebajikan rakyat.

Peruntukan ini amat penting sebagai satu pengiktirafan peranan semua pihak tanpa mengira perbezaan latar belakang politik untuk membantu rakyat dalam kesusahan ketika berlaku penularan wabak Covid-19.

Dalam masa yang sama ia juga satu pengiktirafan kepada hak rakyat yang telah mengundi untuk memilih seseorang wakil rakyat atau Ahli Parlimen secara sah menerusi saluran demokrasi pilihanraya.

Dalam pada itu, ABIM menyeru seluruh ahli Parlimen tanpa mengira latar untuk memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang ada dengan adil, baik dan cekap berlandaskan garis panduan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang amalan pembaziran, rasuah, dan diskriminasi dalam pengagihan.

Menerusi perkembangan ini ABIM menyeru semua pihak untuk meningkatkan kerjasama di antara satu sama lain dengan rakyat menjadi pertimbangan utama dengan mengesampingkan seketika sebarang perbezaan pandangan politik.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...