Home MY LNA AM Isu penyaluran bantuan: Rina Harun bertemu rakan-rakan NGO
AMCOVID-19

Isu penyaluran bantuan: Rina Harun bertemu rakan-rakan NGO

PUTRAJAYA 30 Mac 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBM Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini mempengerusikan satu Mesyuarat Khas bersama NGO di pejabat beliau di Putrajaya. Mesyuarat tersebut diadakan bagi mendengar pendapat wakil-wakil NGO dalam isu penyaluran bantuan. Ini susulan daripada pengumuman yang telah dibuat oleh Kerajaan pada Ahad di mana NGO tak dibenarkan hantar terus bantuan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun

“Mesyuarat ini mengambil kira arahan terkini Kerajaan yang menghadkan pergerakan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Wakil-wakil NGO yang hadir turut membangkitkan pelbagai isu yang melibatkan gelandangan, pelarian, miskin bandar, OKU, ibu tunggal dan golongan B40 lain yang terkesan akibat putus bekalan makanan dan pendapatan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.” kata Rina di dalam posting di Facebook rasmi beliau hari ini.

Tambah Rina rata-rata NGO melahirkan ucapan penghargaan di atas engagement di atara pihak kerajaan dan pihak mereka tersebut dan mereka berhasrat untuk sama-sama membantu Kerajaan dalam kapasiti masing-masing namun dengan langkah pengawalan kesihatan dan keselamatan yang maksima.

Jesteru, Rina mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan NGO-NGO tersebut. Namun bagi mengelak rantaian Covid-19 berpanjangan, pihak Kementerian mengambil inisiatif untuk menerima segala bantuan tersebut dan dikumpulkan di Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).

“Kalian (NGO) boleh terus membantu dan kami akan uruskan agihan tersebut. Sama-sama kita #StayAtHome dan hentikan rantaian Covid-19 ” kata Rina.

NGO-NGO yang hadir di mesyuarat khas tersebut adalah Food Aid Foundation, Majlis Pemulihan Malaysia/Malaysian Rehabiltation Council (MCR), Yayasan Cow Kit, Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Malaysian Relief Agency (MRA), Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia dan Kechara Soup Kitchen.

Dalam Sidang Media Khas pada 29 Mac 2020, YBMK Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan bahawa NGO tidak dibenarkan hantar bantuan terus kepada golongan sasar untuk lindungi anggotanya daripada risiko dijangkiti COVID-19. Menurut beliau NGO perlu menghantar makanan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di setiap daerah yang berperanan sebagai pusat kutipan dan anggota Rela serta Jabatan Pertahanan Awam akan mengedarkan makanan itu kepada kumpulan sasar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMMY LNAUTAMA

Jumpaan Terkini Arkeologi Di Tapak Candi Bukit Choras, Daerah Yan, Kedah Darul Aman

KEDAH, 22 September 2022 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Keliru fahami nas agama punca perpecahan ummah

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam sejarah Islam, gejala kafir...

AMMY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Arwah Anak

NILAI – “Kami tetap hadir, biarlah sijil ini menjadi tanda sebuah kenangan...

AMHighlightsMY LNA

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

PORT DICKSON, 21 September 2023 – Dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih...