Alam Sekitar @ MY LNAAM

Pelupusan haram sisa kimia di Kuala Selangor, JAS akan ambil tindakan

215

22 Mac 2020 – Syarikat yang telah melakukan pelupusan haram sisa kimia atau Buangan Terjadual (BT) di kawasan longgokan atau tapak pembuangan sampah haram, Jalan Dato’ Hussien, Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor, Selangor pada Sabtu lepas akan diambil tindakan tegas oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor.

Menurut JAS melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, selain daripada tindakan mahkamah, tangkapan boleh dibuat kepada mana-mana pihak yang melakukan pencemaran atau disyaki melakukan pencemaran di bawah peruntukan Seksyen 37C Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Negeri Selangor sedang menjejaki pemilik sisa kimia dan BT tersebut dan mengkehendaki tindakan pelupusan dan pembersihan segera diambil. Pada masa yang sama, kontraktor pengangkut BT dan Premis Yang Ditetapkan (PYDT) yang mempunyai rantaian dengan kes ini turut disiasat oleh JAS.

“Bertindak atas laporan awal yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (JPBP) Negeri Selangor pada 21 Mac 2020, JAS Negeri Selangor telah menemui lebih 20 tong drum dipercayai mengandungi pelbagai jenis sisa kimia di kawasan tapak pembuangan sampah haram yang terbakar.

Sebanyak 6 longgok buangan ditemui di kawasan berbeza yang terdiri daripada 20 drum silinder hitam dan merah berkapasiti 210 liter, 9 IBC tank putih berkapasiti 1,050 liter dan 8 tong plastik biru berkapasiti 25 liter. Buangan yang dilupuskan adalah terdiri daripada enap cemar pigmen (SW 416), pelarut organik (SW 322) dan bekas-bekas terpakai yang dicemari bahan kimia (SW 409) dan longgokan sarung-sarung tangan getah turut ditemui di samping sampah-sarap domestik.

Sampel buangan telah diambil sebagai bahan bukti dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis komposisi buangan. JAS Negeri Selangor kini menyediakan Kertas Siasatan bagi mendakwa pihak-pihak yang terlibat di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan lain-lain Seksyen yang berkaitan. Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, pihak yang bertanggungjawab boleh didenda sehingga maksimum RM500,000 dan penjara mandatori sehingga 5 tahun. Kes pelupusan sampah domestik bercampur BT ini juga dirujuk kepada pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.” jelas JAS.

Tambah JAS, penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran di seluruh negara diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas penjenayah alam sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar dan rakyat khususnya terpelihara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...