Nilai, 11 Mac 2020-YB Menteri Kesihatan, YB. Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah mengadakan lawatan ke Akademi Latihan Pengajian Tinggi (AKEPT) di sini hari ini.
Lawatan adalah bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat Person Under Surveiliance (PUS) seramai 68 orang yang dibawa pulang dari Wuhan, China dalam misi fasa ke-2 dan telah dikuarantin di AKEPT, Nilai.
Mereka terdiri dari 48 warganegara Malaysia manakala 20 bukan warganegara Malaysia selepas melalui pemantauan selama 14 hari.
Sebelum itu, satu taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Mohamed Zahari Razali, Timbalan Ketua Pengarah, NADMA.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato Mohtar Mohd Abd Rahman, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan YBhg. Datuk Dr. Rohaizat Yon, Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) dan pegawai-pegawai kanan KKM.
Sumber Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Leave a comment