AMKenyataan Media

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI DAN TIMBALAN MENTERI MULAKAN TUGAS SECARA RASMI DI KEMENTERIAN – MOSTI

350

11 MAC 2020, PUTRAJAYA – Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin
hari ini memulakan tugas beliau secara rasmi sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) apabila hadir mengetik kad perakam masa di Kompleks C MOSTI di Putrajaya pada jam 12:30 tengah hari tadi.

Ketibaan YB Khairy bersama YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri MOSTI disambut Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Timbalan Ketua Setiausaha, YBrs. Dr. Mohd. Nor Azman Hassan bersama lebih 100 orang warga kerja Kementerian.

YB Khairy pada sebelah pagi menghadiri mesyuarat Kabinet pertama bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia dan barisan jemaah Menteri yang baru dilantik semalam.

Petang semalam, YB Khairy bersama YB Tuan Haji Ahmad Amzad telah hadir ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat ringkas mengenai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha.

YB Khairy dalam ucapannya semalam bertekad untuk memimpin penggubalan dasar yang lebih cekap untuk bidang sains, teknologi dan inovasi negara. Katanya Malaysia hanya mampu bersaing dengan negara maju yang lain sekiranya penerapan sains di negara ini disusuli dengan penghasilan teknologi baharu tempatan. Ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara akan terus diperkukuhkan di mana STI mempunyai peranan khusus dan penting bagi mencipta kekayaan dan kesejahteraan untuk rakyat agar negara mampu mencapai status negara maju dengan lebih pantas. Dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang membabitkan pelbagai bidang termasuk automasi, robotik, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan internet untuk segala-galanya (IoT), cabaran yang ada di sektor sains dan teknologi perlu diambil langkah tepat agar ianya mampu menjadi batu loncatan dalam memastikan Malaysia kalis kepada cabaran besar tersebut.

YB Khairy turut berkata beliau akan memperkemaskan ekosistem pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang menjurus ke arah demand-driven yang akan terus dilaksanakan melalui kerjasama erat antara pihak Kerajaan dengan pihak industri. Beliau akan terus memacu Kementerian dalam membawa agenda sains dan teknologi negara ke arah yang lebih tinggi dalam meningkatkan keberhasilan pengkomersilan teknologi ke pasaran serta akan berusaha meningkatkan produktiviti industri melalui aplikasi-aplikasi khusus dalam bidang sains dan teknologi.

YB Khairy, 44, melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura dan seterusnya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE). Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik (1997 – 1998) dari University College, London dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford.

Sementara YB Tuan Haji Ahmad Amzad, 50, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Terengganu dan merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas tamat pengajian, beliau mencipta nama
dalam bidang perkapalan bersama syarikat MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Urusan dari tahun 1995 sehingga 2004.

Sumber : MOSTI

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...