AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAPertahanan @ My LNAUTAMA

SISTEM RADAR BERNILAI RM4 JUTA BANTU MENGESAN AKTIVITI DI LAUT DENGAN LEBIH CEKAP

205

LANGKAWI, 25 Mei 2023 – Bagi mempertingkatkan pengesanan aktiviti di perairan negara melalui sistem radar, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menerima sebuah Mobile Surveillance Unit (MSU) yang bernilai RM4 juta di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

MSU merupakan aset pelengkap pengawasan pantai kepada Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) yang sedia ada kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Bakal memberikan liputan sensor yang maksimum, MSU turut dapat meluaskan liputan maritim dengan memaparkan kawasan yang dicerap dengan lebih tepat dan secara ‘real time’ seperti surface picture yang memudah penguat kuasa melaksanakan rondaan serta operasi mencari dan menyelamat yang lebih cekap.

Majlis penyerahan unit berkenaan disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Serahan MSU telah disempurnakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif, AMP Corporation (M) Sdn. Bhd.Dato’ Sri Mustaffa Hj Abd. Rahman kepada Ketua Setiausaha KDN Datuk Haji Ruji Haji Ubi dan kemudian kunci kenderaan daripada KSU KDN kepada Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (Maritim) Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Turut hadir pada sesi berkenaan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Madya (Maritim) Hamid Haji Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Technology Depository Agency (TDA) Dr. Sharoul Jambari.

Untuk makluman MSU merupakan sistem yang dapat mengesan aktiviti yang mencurigakan di ‘laluan tikus’ yang tidak mampu dicapai oleh SWASLA sebelum ini.

Oleh yang demikian ia telah disuai padankan pada kenderaan pacuan 4 roda agar dapat digunakan di semua bentuk muka bumi dan semua keadaan cuaca.

Selain itu, MSU merupakan sistem radar bergerak yang mampu bertindak mengesan sebarang objek atau imej dalam operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

Melaluinya Maritim Malaysia berharap ia dapat mempercepatkan pengesanan mangsa yang berada di laut sekaligus dapat mengurangkan peratus kehilangan nyawa.

Untuk rekod MSU adalah projek pembangunan syarikat tempatan hasil kerjasama Maritim Malaysia.

Mengambil masa pembinaan selama 12 bulan, ia diharapkan dapat membantu Maritim Malaysia untuk mengurangkan kebergantungan kepada aset udara dan laut dalam mencegah jenayah seperti perdagangan haram, penyeludupan dadah, perikanan haram, dan pencemaran maritim.

Sebagai permulaan MSU pertama ini akan digunapakai Maritim Malaysia sebelum pihak Kerajaan mempertimbangkan untuk unit-unit berikutnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...