AMBM @ MY LNAUTAMA

Perkhidmatan Kebombaan diperkasa melalui Tiga (3) Nota Persefahaman (NoU) & Kontrak yang ditandatangani sempena LIMA 2023

116

LANGKAWI, 25 Mei 2023 – Sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini telah memeterai tiga (3) Nota Persefahaman (NoU) bagi perkongsian pintar dengan pihak Kementerian Pengangkutan melalui Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JKOA) dan Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Dalam satu kenyataan hari ini. KPKT berkata bahawa ketiga-tiga NoU itu merangkumi kerjasama strategik berkaitan Perkhidmatan Helikopter Emergency Medical Air Ambulance Rescue Service (EMARS) yang merupakan perkhidmatan bantuan pengangkutan perubatan melalui udara dan pengurusan bencana dengan fokus khusus kepada bantuan perubatan dan pemindahan pesakit termasuk komuniti luar bandar serta pengurusan kemalangan jalan raya di lebuh raya utama di Malaysia.

Menurut KPKT perkongsian tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan agensi-agensi terlibat dalam mengendalikan insiden bencana udara dan bidang yang berkaitan selain memperkukuhkan lagi aspek keselamatan awam dan keupayaan tindak balas bencana.

“Ia merupakan langkah strategik dalam memastikan tindak balas kecemasan dapat dilaksanakan dengan lebih profesional serta memberikan impak yang positif terhadap mutu perkhidmatan kecemasan di Malaysia.” kata KPKT.

Majlis menandatangani dokumen-dokumen NoU tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPKT, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah disaksikan oleh Timbalan Menteri KPKT dan Timbalan Menteri Pengangkutan serta tetamu jemputan pimpinan Kerajaan, pemain-pemain industri, pegawai tinggi Kerajaan, dan pengurusan tertinggi kementerian dan organisasi berkaitan.

Jalinan kerjasama dua hala ini menggabungkan kepakaran dan sumber daripada kementerian-kementerian yang terlibat iaitu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Pengangkutan serta turut melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pemegang taruh (stakeholder) utama dalam perkhidmatan perubatan kecemasan dan pengurusan bencana dan disokong penuh dari JBPM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...