Home Ekonomi Kerajaan beri kebenaran pengeluaran Gula Putih Bertapis Jernih sebagai pilihan kepada pengguna
EkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Kerajaan beri kebenaran pengeluaran Gula Putih Bertapis Jernih sebagai pilihan kepada pengguna

PUTRAJA 25 Mei 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah bersetuju dengan permohonan daripada dua (2) syarikat pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) untuk mengeluarkan Gula Putih Bertapis Jernih di mana harganya tidak dikawal sebaliknya ditentukan oleh pasaran.

Menurut Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan media hari ini, persetujuan dibuat kerana Gula Putih Bertapis Jernih akan memberikan pilihan kepada pengguna selain gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus).

“Kerajaan juga telah memberi arahan kepada MSM dan CSR untuk terus mengeluarkan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) pada kuantiti semasa yang mencukupi untuk pasaran runcit pada harga yang dikawal oleh Kerajaan iaitu RM2.85 sekilogram (kasar) dan RM2.95 sekilogram (halus).

Kebenaran untuk penjualan Gula Putih Bertapis Jernih akan bermula pada 25 Mei 2023. KPDN sekali lagi menegaskan penjualan Gula Putih Bertapis Jernih ini tidak boleh menggantikan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus). Syarikat-syarikat pengeluar gula boleh diambil tindakan jika tidak mengeluarkan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) yang mencukupi di pasaran. Begitu juga kepada mana-mana pemborong dan peruncit yang mengenakan pembelian bersyarat atau tidak menjual gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) kepada pelanggannya.” kata Salahuddin.

KPDN turut mengajak pengguna Malaysia MADANI untuk mengawasi dan mengawal penggunaan gula demi kesihatan
seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

BusinessMedia OutReachMedicalMY LNA

Enhancing Patient Experiences with a Cohesive Healthcare Ecosystem

Malaysia positions itself as a safe and trusted destination for seamless, high-quality...