BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

KKD sentiasa jalankan pengukuran kualiti liputan telekomunikasi di lapangan

134

KUALA LUMPUR 25 Mei 2023 – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa menjalankan pengukuran kualiti di lapangan berdasarkan aduan dan perancangan berkala yang telah dirancang untuk seluruh negara.

Menurut Timbalan Menterinya Teo Nie Ching di Parlimen hari ini, berdasarkan dapatan pengukuran SKMM bagi tahun 2022, sebanyak 20 Arahan Suruhanjaya telah dikeluarkan kepada pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi Standard Mandatori yang melibatkan 19 lokasi berbeza di Sarawak.

Katanya setakat ini, kesemua 20 Arahan Suruhanjaya ini telah dipatuhi oleh pemberi perkhidmatan dengan menambah baik kualiti perkhidmatan melalui mengoptimumkan atau menaik taraf menara sedia ada agar kualiti pengalaman pengguna berada pada tahap yang baik dan memenuhi standard kualiti perkhidmatan. Ketidakpatuhan kepada Arahan Suruhanjaya boleh dikenakan penalti sehingga RM200,000.

“Audit kualiti perkhidmatan bagi tahun 2023 akan terus dijalankan dengan sasaran lebih tinggi sebanyak 4, 000 lokasi di seluruh negara bagi memastikan Standard Mandatori terus dipatuhi oleh pemberi perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah kualiti perkhidmatan. Setakat 24 Mei 2023, sebanyak 1,089 lokasi telah diaudit di seluruh negara dan seterusnya di dalam proses untuk analisis audit tersebut.

Berkenaan dengan masalah kualiti liputan semasa musim perayaan, secara umumnya pihak penyedia perkhidmatan akan berusaha untuk meningkatkan kapasiti liputan di kawasan yang menjadi tumpuan sewaktu musim perayaan di seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Selain itu, masalah gangguan liputan juga berpunca daripada isu bekalan elektrik terputus, kerosakan ke atas peralatan komunikasi atau insiden vandalisme seperti kes kecurian bateri sandaran (backup battery) dan set penjana elektrik (genset).

Rekod daripada penyedia perkhidmatan melaporkan sebanyak 397 insiden vandalisme termasuk kecurian yang berlaku di tapak-tapak menara di Sarawak dari awal tahun 2022 sehingga April 2023, mengakibatkan gangguan kepada perkhidmatan komunikasi dan anggaran kerugian sehingga jutaan ringgit.” jelas Teo Nie Ching menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Haji Kepli.

Selain daripada pembinaan menara-menara telekomunikasi dan satelit bagi menangani isu akses internet berkualiti, Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) hab gentian optik yang merupakan salah satu alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk di kawasan luar bandar dan pendalaman di seluruh negara dengan lebih baik.

“Pelaksanaan ini akan menjadikan lokasi tersebut sebagai hub untuk menyediakan infrastruktur jalur lebar gentian optik untuk kegunaan sekolah, kawasan perindustrian, premis-premis kerajaan berhampiran dan masyarakat sekelilingnya dengan radius 2.5km-3km. Secara keseluruhannya, Fasa 1 bagi projek PoP ini akan melibatkan 630 lokasi berhampiran sekolah dan Fasa 2 pula akan melibatkan 3693 lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara. Sekurang-kurangnya sebanyak 432,300 premis akan menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi apabila projek ini siap kelak.” kata Teo Nie Ching.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...