AMBM @ MY LNAKebajikan @ My LNAUTAMA

Jalin Hubungan Penduduk Setempat Banteras Jenayah Rentas Sempadan

119

KOTA TINGGI, 13 April 2023 – Bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan khususnya komuniti maritim tentang ancaman jenayah rentas sempadan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Australian Border Force (ABF) telah menganjurkan program Iftar bersama masyarakat setempat di Tanjung Sedili hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, program ini dilaksanakan sebagai platform bagi memberikan maklumat kepada masyarakat tempatan agar tidak terlibat atau dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam aktiviti jenayah di laut.

“Kegiatan seperti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, penyeludupan dadah serta barang kawalan merupakan aktiviti jenayah yang telah dikesan dilakukan oleh penjenayah. Justeru saya menasihati kepada komuniti maritim agar tidak terjerumus dalam kegiatan ini.

Program pada hari ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Maritim Malaysia serta pihak ABF dalam usaha menyampaikan penerangan dan edaran risalah kepada masyarakat yang hadir pada program ini.”

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Iftar Operation Redback di sini hari ini.

Turut hadir pada program berkenaan wakil ABF di Malaysia, Superintendent John Fleming Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo a/k Tusa dan Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam.

Dalam pada itu Kepten Maritim Muhd Nur Syam turut berkata, hasil kerjasama Maritim Malaysia dan ABF sejak tahun 2013, aktiviti jenayah rentas sempadan berjaya dibendung apabila masyarakat setempat di kawasan maritim turut memberikan kerjasama dengan melaporkan aktiviti yang mencurigakan di kawasan perairan negara.

“Saya menyeru kepada seluruh komuniti maritim bukan hanya di Tanjung Sedili, malah di seluruh negara untuk menyalurkan maklumat atau aduan berkenaan aktiviti jenayah di laut. Hubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim berhampiran.”

Bersempena majlis berkenaan, seramai 50 orang penduduk setempat telah menerima bakul makanan yang telah disumbangkan oleh pihak ABF dalam usaha mengurangkan beban golongan berkenaan bagi menyambut Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...