AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

300 Staf Dan Pelajar Bertadarus Dan Iftar Di Dewan Tunku Canselor UM

591

KUALA LUMPUR, 13 April 2023 – Seramai 300 peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar Universiti Malaya (UM) telah menyertai Majlis Tadarus Al-Quran sempena penganjuran Iftar Perdana UM 2023 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor UM semalam. Majlis Tadarus ini berjaya dilaksanakan dengan tajaan daripada beberapa individu iaitu UM Holdings, Kedutaan Arab Saudi dengan kerjasama pihak Akademi Pengajian Islam dan Kompleks Nasyrul Quran.

Menurut Pengarah Majlis Iftar Perdana UM 2023/Ketua Penolong Pendaftar, Rumiza Ahmad, majlis tadarus ini pertama kali dijalankan di DTC di mana setiap peserta menerima tajaan Al-Quran, sejadah dan juadah iftar.

“Selain itu, edaran bubur lambuk, Majlis Khatam Al-Quran, tahlil  dan serahan sumbangan kepada 85 pelajar dan staf asnaf juga dijalankan pada hari yang sama. Saya berharap agar program seperti ini dapat dijadikan acara tahunan universiti,” katanya.

Iftar Perdana UM 2023 yang julung kalinya diadakan di DTC UM telah dimeriahkan dengan juadah berbuka puasa secara berdulang bersama-sama dengan pelajar, staf, alumni dan pengurusan UM.

Majlis iftar ini dianjurkan oleh Portfolio Pendaftar dengan tajaan UM Holdings dengan kerjasama Bank Islam,  Pusat Hubungan Alumni & Kemajuan Institusi (CARIA), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PEKERTI), Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAAUM), Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM), Penerbit Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Surau al-Jami’ah APIUM dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM).

Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, Pengerusi UM Holdings meluahkan rasa bangga kerana berjaya mengumpulkan dana dengan kerjasama anak-anak syarikat UMH bagi tujuan penyerahan bantuan kepada seramai 850 pelajar dan staf yang memerlukan dengan penglibatan Naib Canselor UM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor. Beliau juga berharap agar inisiatif dan majlis iftar seperti ini dapat diusahakan untuk tahun-tahun yang akan datang. 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...