AM

Berita Palsu Novel Coronavirus : Kerani bank ditahan

227

CYBERJAYA 30 Januari 2020 – Seorang lagi ditahan kerana disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak Novel Coronavirus (2019-nCov) bagi membantu siasatan di dalam Operasi serbuan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

“Suspek wanita yang berumur 28 tahun adalah seorang kerani bank dan beliau telah ditahan di Kuantan, Pahang sekitar jam 4:00 petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kandungan berita palsu yang dimuat naik di laman Facebook pada 27 Januari 2020.

Turut dirampas adalah telefon bimbit dan kad sim milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut di laman Facebook.” maklum MCMC di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Jelas MCMC lagi, wanita tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Penahanan ini merupakan penahanan ke enam oleh pihak MCMC dan PDRM sejak 28 Januari 2020. Tindakan ini akan berterusan untuk memastikan penularan berita palsu mengenai Novel Coronavirus (2019-nCov) dapat dikawal dan seterusnya menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...