AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

ISU WABAK NOVEL KORONAVIRUS (2019-NCOV) : KKMM PROAKTIF SAMPAIKAN MAKLUMAT

81

PULAU PINANG 30 Januari 2020 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui JaPen, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan juga Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat berkenaan keadah-kaedah pencegahan wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV).

Sumber foto Facebook Rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo setakat 29 Januari, banyak maklumat dalam bentuk berita, video dan infografik telah disalurkan kepada rakyat.

“RTM telah menyiarkan sebanyak 11 slot talkshow dan lebih 234 segmen berita di saluran-saluran TV dan radio. RTM juga telah mengeluarkan sebanyak 11 infografik dan kapsul mengenai wabak 2019-nCov, cara pengawalan dan pencegahan, status terkini serta tindakan penguatkuasaan yang telah dihebahkan melalui TV dan media sosial RTM.

Bernama pula telah menghasilkan sebanyak 149 buah artikel berita, 42 slot berita TV dalam empat bahasa, enam video pendek serta 30 infografik dalam tujuh bahasa termasuk Bahasa Iban dan Kadazandusun, setakat semalam (29 Januari 2020).” jelas Gobind di dalam satu satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis.

Tambah Gobind KKMM melalui JaPen telah membuat program-program hebahan di kawasan awam melalui program Info on Wheels (IOW) dan sehingga 29 Januari 2020, secara puratanya sebanyak 180 program IOW telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara, iaitu 4 program di setiap negeri setiap hari.

“Program yang dijalankan oleh Unit Hebahan Bergerak JaPen, adalah untuk menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan secara bersemuka kepada seluruh lapisan masyarakat. Melalui program ini, orang ramai boleh mendapat pemahaman yang lebih baik kerana mereka boleh mendapatkan pencerahan secara langsung daripada pasukan unit hebahan tersebut jika ada keraguan atau ketidakpastian.” jelas beliau.

Gobind turut mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana telah mengemaskini portal ‘Sebenarnya.my’ dengan maklumat yang sahih mengenai wabak 2019-nCov dan menangkis lambakan berita palsu di internet sejak kebelakangan ini.

“Portal ‘Sebenarnya.my’ ini adalah pusat sehenti (one-stop centre) bagi rakyat untuk menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi mana-mana berita yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang dan lain-lain. Rakyat kini boleh mendapatkan maklumat mengenai wabak 2019-nCov ini secara terus di bawah kategori ‘Coronavirus 2019 N-Cov’ di portal tersebut.” kata Gobind.

Beliau juga berharap agar bahawa dengan adanya portal tersebut serta agensi-agensi berita rasmi, pihak KKMM serta agesi-agensi dibawahnya dapat mengawal atau sekurang-kurangnya mengurangkan gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

Untuk makluman sejak 28 Januari 2020, MCMC dan PDRM telah menahan seramai enam (6) suspek yang dipercayai telah menyebarkan kandungan palsu mengenai Novel Coronavirus (2019-nCov). Terbaru, seorang kerani bank telah ditahan di Kuantan, Pahang sekitar jam 4:00 petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kandungan berita palsu yang dimuat naik di laman Facebook pada 27 Januari 2020.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Satu lagi gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku...