AMPolitik @ My LNA

DAP gesa Amerika Syarikat tidak laksanakan pelan ‘DOTC’

123

30 Januari 2020 – Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa Amerika Syarikat agar tidak melaksanakan pelan “Deal of the Century” (DOTC) yang dilihat jelas berat sebelah kepada Israel.

Setiausaha Antarabangsa DAP, YB Teo Nie Ching (Gambar fail)

Menurut Setiausaha Antarabangsa DAP, YB Teo Nie Ching pelaksanaan pelan “Deal of the Century” (DOTC) akan menggugat usaha yang telah dijalankan berdekad-dekad lamanya bagi mencapai perdamaian di bumi Palestin.

“Tindakan unilateral Israel-Amerika Syarikat dalam tempoh tiga tahun ini terutamanya dalam isu pengisytiharan Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel, penggubalan “undang-undang negara Yahudi” bercirikan apartheid dan pengumuman DOTC sememangnya adalah penindasan terhadap rakyat Palestin.

Sekiranya perkara ini berlaku, Amerika Syarikat secara langsung menidakkan usaha pelbagai pihak selama ini untuk membawa perdamaian dalam konflik Timur Tengah.” kata Teo Nie Ching di dalam kenyataan pada hari ini.

Tambah beliau, DAP menyeru agar semua pihak kembali ke meja rundingan terutamanya berdasarkan prinsip yang telah diterima semua dan mengambil kira rakyat Palestin yang merupakan suara paling penting dalam isu ini.

Semalam Parti Amanah Negara (AMANAH) turut mengeluarkan kenyataan menolak keras pelan tersebut. Menurut Timbalan Presiden AMANAH, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan pelaksanaan pelan tersebut, hak rakyat Palestin akan terus dicabuli manakala tanah-tanah milik mereka akan dirampas secara zalim. Beliau juga menyifatkan ia adalah agenda licik Barat untuk menghalau rakyat Palestin dari tanah asal mereka termasuk di Lembah Jordan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...