AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Kerajaan sarankan nama kad visa TNG ditukar elakkan kekeliruan pengguna

102
Kad Visa dan Kad NFC TNG. Foto oleh IJAI

PUTRAJAYA, 25 Januari 2023 – Satu sesi libat urus di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, dan wakil Syarikat Touch ‘n Go (TNG) pada hari ini.

Menurut KPDN dalam satu kenyataan, pihak TNG telah diarahkan untuk melaksanakan tindakan segera seperti berikut:

i. Menambah bilangan pusat jualan kad dan perkhidmatan kad TNG di lokasi selain pusat sedia ada di KL Sentral dan Bangsar;

ii. Advokasi dan notifikasi awal kepada pengguna bagi pemakluman tempoh kad yang akan luput;

iii. Menambahbaik kaedah dan mempercepatkan proses serta tempoh bayaran balik dan pemindahan baki;

iv. Advokasi bagi menjelaskan kepada pengguna bahawa kad visa TNG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang dimana kad visa diterima. Kad ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam. Kerajaan menyarankan supaya nama kad visa tersebut diubah supaya tidak mengelirukan pengguna memandangkan perkataan ‘’Touch ‘n Go” sinonim dengan system pembayaran tol;

v. Arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan pasar atas talian untuk menurun iklan jualan kad TNG daripada pihak ketiga yang tiada kebenaran menjual daripada pihak syarikat TNG;

vi. Pihak TNG juga diberi masa satu minggu untuk hasilkan pelan tindakan susulan seterusnya.

“Bahagian Penguatkuasaan KPDN akan mengambil Tindakan undangundang terhadap mana-mana pihak yang menjual kad TNG melebihi harga yang ditetapkan oleh pengeluar di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.” kata KPDN.

Dalam pada itu, KKR sedang meneliti tempoh pelaksanaan bagi penggunaan pembayaran tol menggunakan sistem RFID sepenuhnya di semua plaza tol dan syarikat konsesi perlu segera menambahbaik keupayaan teknologi imbasan RFID bagi mengelakkan kesesakan

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...