AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

Armizan lawat mangsa banjir di Segamat

116
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali melawat mangsa banjir di PPS daerah Segamat. Kredit Foto Jabatan Perdana Menteri

25 Januari 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali telah melawat 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Segamat, Johor iaitu PPS Seberang Batu dan PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek di mana kedua-dua PPS ini telah diaktifkan pada 24 Januari 2023.

Menurut Armizan, setakat ini, daerah Segamat di Johor adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan merekodkan sebanyak 1,392 mangsa daripada 393 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.

“Secara keseluruhan, jumlah mangsa banjir di Johor melibatkan 5 daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Batu Pahat dengan jumlah keseluruhan seramai 3,482 mangsa daripada 984 keluarga yang berada di 35 PPS.” katanya.

Sementara itu, pada 24 Januari 2023, pukul 7.45 malam, NADMA telah menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung Amaran Bahaya yang telah dikeluarkan berhubung bacaan aras air semasa di Segamat, Johor iaitu di 3 stesen melibatkan Sungai Gemas, Sungai Lenik dan Sungai Segamat.

“Sejak bermulanya MTL 2022/2023 pada November 2022 sehingga 25 Januari 2023, seramai 121,594 mangsa daripada 34,357 keluarga telah dipindahkan ke 444 PPS yang melibatkan bencana banjir dan air pasang besar.

Saya ingin memberi peringatan kepada semua rakyat supaya sentiasa peka dengan amaran yang dikeluarkan oleh MET Malaysia. Mereka yang terkesan dengan banjir dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan tidak bertangguh untuk berpindah ke PPS sekiranya menerima arahan daripada pihak berwajib bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pada masa yang sama, NADMA juga telah diarahkan supaya memastikan ke semua Pusat Kawalan Operasi (PKOB) di peringkat negeri dan daerah yang terlibat untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) sentiasa beroperasi 24 jam sehari untuk memantau dan membuat penyelarasan bersama semua agensi dan pihak yang terlibat dengan pengurusan bencana.” kata Armizan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...