AMBM @ MY LNAJenayah

Nancy pandang serius kes pembunuhan kanak-kanak OKU

206

6 JANUARI 2023 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menegaskan bahawa beliau memandang serius berkenaan kes pembunuhan kanak-kanak Kurang Upaya (OKU) yang terjadi di Bau, Sarawak baru-baru ini.

Menurut Nancy dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berkenaan kes tersebut.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyantuni keluarga ini yang bersesuaian untuk pemeliharaan dan pelindungan berdasarkan Seksyen 17 Akta Kanak-kanak
2001.

Saya ingin menasihatkan orang ramai yang mengetahui tentang kes penderaan boleh terus menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau nombor WhatsApp 019-2615999 atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat bagi mendapatkan bantuan segera.” katanya.

Pada 21 Disember lalu, laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa tentang kehilangan anaknya, selain laporan awal oleh orang awam pada hari sama mengenai seorang wanita dan anak perempuannya yang enggan pulang kerana takut dipukul teman lelakinya.

Mayat mangsa ditemui di dalam guni di Kampung Keranji di sini, susulan penahanan suspek, yang kemudian memandu polis ke lokasi mangsa dibuang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...