AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNAUTAMA

TPM berkunjung ke Lembaga Lada Malaysia cawangan Sibu

134
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

SIBU, 6 JANUARI 2023 – Dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah memulakan siri lawatan dan kerja rasmi ke Sarawak.

Pada hari ini, Fadillah telah berkunjung ke salah satu agensi bawah KPK iaitu Lembaga Lada Malaysia (MPB) di pejabat cawangan dalam daerah Sibu, Sarawak.

Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, sehingga kini, MPB memiliki sembilan (9) buah pejabat cawangan di seluruh negeri Sarawak yang diselia oleh Pejabat Wilayah Sarawak iaitu di Serian, Sri Aman, Betong, Bintangor, Sarikei, Bintulu, Miri, Belaga dan Sibu serta dua (2) buah pejabat wilayah masing – masing di Semenanjung Malaysia (Johor) dan juga Sabah (Kota Kinabalu).

“MPB Sibu secara khususnya berperanan dalam menyelia aktiviti industri lada yang meliputi kawasan Sibu, Mukah dan Kapit (kecuali daerah Belaga yang diselia oleh MPB Belaga). Antara fasiliti yang terdapat di MPB Sibu termasuklah Loji Pemprosesan Kering dan Basah dan Loji Rawatan Haba bagi aktiviti pemprosesan lada serta Makmal Kawalan Kualiti.

Aktiviti – aktiviti yang dijalankan di premis ini termasuklah perkhidmatan kawalan kualiti dan penggredan, aktiviti pemprosesan lada, selain melaksanakan Program Pembangunan Penanaman Lada dengan mengagihkan input pertanian, perkakasan ladang, dan bantuan infrastruktur ladang.” kata KPK.

Tambah KPK, MPB Sibu telah berjaya mendapat pengiktirafan Sijil Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah memenuhi syarat-syarat bagi perlaksanaan sistem HACCP untuk produk Steam treated Black Pepper / White Pepper.

“Akreditasi seumpama ini penting bagi menjamin kredibiliti dan keselamatan produk lada yang dihasilkan berlandaskan prosedur pelaksanaan HACCP.

Makmal Analisa MPB Sibu di bawah Cawangan Kawalan Kualiti juga telah berjaya mendapatkan akreditasi melalui pensijilan MS ISO/IEC 17025:2017 (Skop Kimia). Akreditasi ini menunjukkan keupayaan skop analisa dan kualiti pengurusan Makmal Analisa MPB diiktiraf dan beroperasi mengikut piawaian dan standard antarabangsa.” kata KPK.

Untuk rekod, jumlah kawasan penanaman lada di Bahagian Sibu adalah seluas 494.83 hektar dengan jumlah pekebun kecil lada seramai 3,402 orang pekebun.

Sepanjang tahun 2022, MPB Sibu telah mengagihkan sejumlah RM7.6 juta bantuan lada kepada 346 orang pekebun kecil lada yang layak bagi kawasan seliaan MPB Sibu.

“Daripada jumlah tersebut seramai 96 orang merupakan penerima Skim Tanaman Lada Baharu (STLB) yang berjumlah RM3.3 juta, manakala seramai 250 orang pula menikmati manfaat daripada Skim Tanaman Lada Matang (STLM) yang berjumlah RM4.2 juta.

Sepanjang tahun 2022, Pusat Pemprosesan Lada MPB Sibu telah memproses sebanyak 928.67 metrik tan lada hitam dan lada putih bagi tujuan eksport” kata KPK.

Kerajaan akan terus membantu menaik taraf kehidupan para pekebun kecil lada di seluruh negara khususnya di negeri Sarawak melalui penyaluran pelbagai bantuan disamping terus memperkasa peranan MPB selaku badan yang mengawal selia aktiviti industri lada di negara ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...