AMPendidikan @ My LNA

Tun M Pangku jawatan Menteri Pendidikan

81

PUTRAJAYA 10 Januari 2020 – YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan Malaysia berkuat kuasa pada 3hb Januari 2020.

Menurut Pejabat Perdana Menteri di dalam satu kenyataan akhbar hari ini Jemaah Menteri pada 8hb Januari telah bersetuju agar jawatan tersebut dipangku sementara oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Keputusan ini dibuat berikutan dengan kekosongan jawatan Menteri Pendidikan baru-baru ini.

YB Dr. Maszlee yang juga Ahli Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa pada minggu lepas selepas mendapat nasihat daripada Tun Dr. Mahathir.

Menurut Dr. Maszlee lagi, peletakan jawatan itu dibuat selepas beliau dilihat banyak menimbulkan krisis kepada kepemimpinan terutama membabitkan isu tulisan Jawi, internet sekolah dan program sarapan percuma.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...