Home AM PRK Kimanis : Rakyat Sabah utamakan keharmonian dan perpaduan antara berbilang kaum di Malaysia – Mujahid
AMPolitik

PRK Kimanis : Rakyat Sabah utamakan keharmonian dan perpaduan antara berbilang kaum di Malaysia – Mujahid

10 Januari 2020 – Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa menyifatkan rakyat Sabah sebagai contoh masyarakat yang mengutamakan keharmonian dan perpaduan antara berbilang kaum di Malaysia.

Sumber Foto Facebook Rasmi YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Menurut Dr. Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (AGAMA) di dalam posting di Facebook beliau hari ini, perkara ini dilihat ketika beliau berkempen kepada penduduk di Dun Membakut, Kimanis, Sabah sempena Pilihan Raya Kecil Kimanis yang diadakan pada 18 Januari 2020 nanti.

“Semalam saya sempat bersama YAB Datuk Seri Panglima Shafee Apdal, turun berkempen kepada penduduk di Dun Membakut, Kimanis, Sabah. Rata-rata hadirin yang hadir, dilihat bersemangat untuk memastikan calon Warisan menang dalam PRK kali ini.

Dalam ucapan saya, diterangkan usaha dan kejayaan dilakukan Kerajaan PH di persekutuan, memastikan pembangunan Islam terus berkembang, peruntukan tahunan meningkat kepada pentadbiran Islam Malaysia pada setiap tahun, bukti komitmen ini.

Rakyat Sabah dilihat sebagai contoh masyarakat yang mengutamakan keharmonian dan perpaduan antara berbilang kaum di Malaysia.” kata Dr. Mujahid.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) iaitu Datuk Karim Bujang dan Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Mohamad Alamin.

Pilihan Raya Kecil tersebut diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 Dis mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman dalam PRU14 lalu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...