30 November 2022 – Hujan lebat berterusan dijangka akan bermula di timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung bagi tempoh 1 hingga 5 Disember 2022 disebabkan oleh angin timuran yang kencang dari barat Lautan Pasifik.
Menurut Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan hari ini, pada masa sama, satu sistem cuaca bertekanan rendah dijangka terbentuk di Laut China Selatan pada 2 Disember 2022.
“Sistem ini diramal bergerak ke arah barat merentasi sempadan Malaysia – Thailand menuju ke Laut Andaman pada 3 hingga 4 Disember 2022 dan kewujudannya boleh meningkatkan intensiti hujan. Ombak besar dan angin kencang turut dijangka melanda pesisir pantai serta perairan Kelantan dan Terengganu. Keadaan ini adalah berbahaya kepada sebarang aktiviti pantai dan laut.
Justeru, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) melibatkan timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung dalam tempoh 1 sehingga 4 Disember 2022.” katanya.
Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
“MET Malaysia sentiasa memantau dan memaklumkan perkembangan sistem ini dari semasa ke semasa melalui laman web,
aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300- 22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.” katanya.
- Trend Micro Safeguarding Cloud Data of Healthcare AI Innovation Leader
- 68 per cent of Gen Zs not confident about maintaining good physical health in old age; least confident generation
- Social Enterprise Summit 2024 Collaborate and Innovate to Respond to Complex Social Issues and Shaping Hong Kong’s Social Entrepreneurship Ecosystem
- Forvis Mazars celebrates new network formation in APAC, announces strong growth in Singapore
- Biomass deserves higher FIT to invigorate the biomass business
Leave a comment