30 November 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 1 Disember 2022 hingga 7 Disember 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:
1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter daripada RM3.95 kepada RM3.85 seliter;
2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- Dusit International strengthens Philippines presence with two new hotels in Mindanao
- Chuangxinzhong, a Wholly-Owned Subsidiary of Yeahka, Accelerates AI Marketing with Rapid Growth in 2024 Performance
- RedRay MGA Pte Ltd – the first exclusive Healthcare MGA in Asia
- Arrow Electronics Teams Up with Asosiasi Startup for Industry Indonesia to Support Tech Startups
- Gensler Honoured for Leadership in Sustainability with Dual Wins at 2024 ACES Awards
Leave a comment