AMBM @ MY LNA

Hentikan Hasutan Perkauman dan Agama – ABIM

55

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2022 – Merujuk kepada titah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, supaya tiada lagi pemimpin membangkitkan isu perkauman serta agama yang bertujuan untuk menghasut masyarakat, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa semua pihak harus bertanggungjawab untuk sama-sama meredakan suhu politik negara khususnya bersabit kerenggangan agama dan kaum yang telah menimbulkan kegelisahan seluruh rakyat Malaysia semenjak Pilihanraya Umum Ke-15 yang lalu.

“ABIM merujuk kepada kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman ,Datuk Seri Hazani Ghazali, pada 22 November 2022 lalu, sebanyak 515 kertas siasatan telah dibuka dari sejumlah 3,483 laporan diterima sejak 4 November sehingga 21 November 2022.

Laporan serta kertas siasatan itu antara lain dibuat meliputi kes berkaitan Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 serta Seksyen 4(A), Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

ABIM menegaskan amanah untuk merintis kembali keharmonian masyarakat terletak di bahu Kerajaan Perpaduan Malaysia. Ini antaranya dengan menetapkan penambahbaikan Indeks Prestasi Utama dalam portfolio serta kementerian berkaitan perpaduan dan integrasi nasional.” kata Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Faisal, penubuhan kerajaan perpaduan yang dilaksanakan sekarang adalah peluang untuk rakyat Malaysia mengembalikan politik nilai dgn menolak kelakuan menunggang sentimen agama dan kaum secara sempit sehingga meruntuhkan kemakmuran masyarakat.

“Akarnya adalah reformasi pada budaya dan cara fikir bangsa. Identiti kaum dan agama harus terus diperkukuh dengan tujuan untuk membangunkan bangsa.

Sebaliknya, identiti tidak seharusnya digunakan untuk menyalakan api perkauman secara destruktif yang disulami hasutan dan fitnah yang membawa kepada kebencian dan dikhuatiri menjurus ke arah keganasan.

Justeru, ABIM menggesa seluruh pihak khususnya pemimpin politik supaya tidak mengheret masyarakat terjerumus ke kancah perpecahan semata untuk meraih sokongan, sebaliknya bersama meletakkan agenda pembinaan negara di hadapan.” ujar Faisal.

Lagi Berita AM :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...