AMPendidikan @ My LNA

Kita ingin lahirkan lebih ramai tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Biruni dan lain untuk menguasai semula dunia – Rina Harun

209

SUNGAI BESAR 6 Januari 2020 – Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini memaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) sentiasa komited dalam mengiktiraf pendidikan berteraskan al-Quran dan Sunnah yang dilengkapkan dengan ilmu-ilmu kontemporari, sains, teknologi dan inovasi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Datuk Seri Rina Mohd Harun .
Sumber foto Facebook Live Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Di dalam ucapan di program lawatan kerja ke MRSM Ulul Albab Sungai Besar, Selangor sempena pendaftaran pelajar tingkatan 1 tahun 2020 Rina berkata sehingga kini, terdapat lima buah MRSM yang melaksanakan Program Ulul Albab di mana program tersebut disusun bagi menggabungkan subjek teras pendidikan dengan hafazan al-Quran yang berperanan melahirkan modal insan yang berilmu dan bersahsiah tinggi ke arah mencapai matlamat negara maju.

“Pendekatan integrasi antara hafazan dan penguasaan cemerlang di dalam ilmu sains dan teknologi adalah penting untuk menjadikan MRSM Ulul Albab unik dan unggul dalam menyediakan generasi ilmuan sains dan teknologi.

MARA, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar sentiasa komited dalam mengiktiraf pendidikan berteraskan al-Quran dan Sunnah yang dilengkapkan dengan ilmu-ilmu kontemporari, sains, teknologi dan inovasi agar mereka memiliki ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk mendepani cabaran pembangunan negara.

Kita ingin melahirkan lebih ramai Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Biruni dan tokoh-tokoh Islam yang lain untuk menguasi semula dunia seperti mana zaman kegemilangan Islam terdahulu.” kata Rina.

Sumber foto Facebook Live Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Beliau juga memaklumkan bahawa di bawah RMK11 sebanyak lapan (8) buah lagi MRSM iaitu MRSM Bera, MRSM Bagan Datoh, MRSM Ranau, MRSM Bintulu, MRSM Sik, MRSM Dungun, MRSM Tanah Merah dan MRSM Lawas masih dalam pembinaan dan akan beroperasi bermula 2021 hingga 2024.

“Ini bererti, menjelang 2024 jumlah MRSM seluruh negara adalah 61 buah kesemuanya.  Ini jelas menunjukkan keperihatinan kerajaan pada masa ini dalam memartabatkan sistem pendidikan negara khususnya.” jelas Rina.

Untuk makluman, seramai 870 orang calon yang telah berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 di lima (5) buah MRSM yang melaksanakan program Ulul Albab untuk sesi 2020 ini dan dari jumlah tersebut seramai 180 orang pelajar mendaftar diri di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar, Selangor. Manakala daripada jumlah 180 orang pelajar tersebut seramai 11 orang pelajar merupakan golongan B40 dan seramai 4 orang akan menerima tawaran Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...