Home AM Kes Keracunan Makanan di Sebuah Pusat Latihan Cheras : Premis dapur ditutup untuk siasatan lanjut
AM

Kes Keracunan Makanan di Sebuah Pusat Latihan Cheras : Premis dapur ditutup untuk siasatan lanjut

5 Januari 2020 – Lanjutan dari satu kejadian keracunan makanan melibatkan guru-guru Tadika PASTI seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sedang menghadiri kursus di sebuah pusat latihan di Cheras, Kuala Lumpur semalam, premis dapur kafetaria pusat latihan tersebut telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan siasatan lanjut dan disinfeksi keseluruhan premis dan akan dibuka semula sebaik sahaja penambahbaikan dibuat oleh pihak pengurusan kafetaria tersebut. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di dalam kenyataan akhbar semalam, siasatan lanjut oleh pihak Pejabat Kesihatan Cheras (PKC) di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) dan pusat latihan mendapati terdapat 137 orang dari 280 peserta kursus yang terdedah juga mengalami gejala yang sama dengan empat (4) orang peserta yang telah dimasukkan ke wad.  Kesemua kes adalah di dalam keadaan stabil dan selebihnya telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar. 

“Makanan yang disyaki penyebab kejadian keracunan makanan ini adalah ayam masak lemak yang dimakan pada waktu makan malam di dewan pusat latihan tersebut pada hari kejadian. Sampel klinikal dari kes-kes serta sampel makanan telah diambil dan dihantar ke makmal untuk di analisa. Siasatan lanjut masih dilakukan oleh pihak PKC bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian keracunan makanan ini.

Premis dapur kafetaria pusat latihan tersebut telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan siasatan lanjut dan disinfeksi keseluruhan premis dan akan dibuka semula sebaik sahaja penambahbaikan dibuat oleh pihak pengurusan kafetaria tersebut. Pihak pengurusan kafetaria juga diminta untuk menyimpan “holding sample” bagi setiap kali kursus dijalankan di pusat berkenaan. ” jelas Dr. Noor Hisham.

Tambah beliau, orang ramai tidak perlu khuatir dengan kejadian wabak yang berlaku kerana keadaan adalah terkawal dan dinasihatkan untuk mengamalkan langkah lihat, hidu dan rasa sebelum mengambil makanan bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan.

“Sentiasa amalkan kebersihan diri seperti basuh tangan sebelum mengendalikan makanan dan selepas menggunakan tandas.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...