22 Oktober 2022 – Pengarah Komunikasi Parti AMANAH, Khalid Abd Samad berkata AMANAH menyambut baik kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu.
Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, bagi AMANAH, parti-parti pembangkang perlu bekerjasama dalam pilihan raya yang akan datang untuk menentang Barisan Nasional (BN) bagi menyekat kemungkaran dan kemusnahan negara yang disebabkan oleh parti itu.
“Kesedian untuk dua pihak ini bertemu menunjukkan mereka lebih mengutamakan kepentingan negara dari perasaan atau kecenderungan masing-masing. Sikap mengutamakan kepentingan negara perlu disanjung dan dicontohi semua.
PRU ini merupakan satu PRU yang sangat penting untuk menghalang kembalinya UMNO/BN ke tampuk kekuasaan. Oleh itu usaha kerjasama untuk elak berlakunya pecah undi adalah penting.” kata Khalid.
Namun begitu, Khalid menegaskan bahawa AMANAH dan rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Harapan telah bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar adalah calon Perdana Menteri.
“Dalam mewujudkan kerjasama, kami harap perkara ini sentiasa diperakui dan dihormati.” ujarnya.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment