KUALA NERANG, 15 Oktober 2022 – UMNO akan memberikan tumpuan untuk mencapai kemenangan bagi calon-calon Parlimen di negeri-negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, fokus UMNO ketika ini adalah memberi tumpuan kepada jentera parti di setiap Parlimen selepas parti itu memutuskan untuk bergerak solo dalam PRU kali ini.
“Jentera itu makna berapa DUN yang ada dalam itu, berapa pusat daerah mengundi yang ada, dia buat sendiri.(Jadi) orang dalam itu akan tahu dia punya kekuatan besar mana sekarang atau dia punya ketumbukan tentera itu.
Yang keduanya barulah bercakap mengenai isu, orang nak sokong atau tidak? Rakyat akan bagi persepsi, kepada keseluruhan jentera itu dan yang ketiganya baru datang kepada isu nasional yang hendak dibawa”.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim.
Jelas Mahdzir, bagi memastikan UMNO menang dalam PRU15, solidoriti dalam kalangan ahli-ahli parti di semua peringkat juga sangat penting.
UMNO katanya sudah bersiapsiaga bagi menghadapi PRU kali ini dengan berpijak di bumi yang nyata.
“Maknanya kita tahu dari mana kita dan macam mana kita datang menjadi kerajaan ini dan kita pastikan bahawa kita menang balik PRU15,” tegas beliau.
Mengulas tindakan seorang pemimpin PAS yang mendedahkan BERSATU sudah diberitahu supaya tiada pertembungan berlaku di 27 ‘kerusi kritikal’ dengan UMNO pada PRU15 bagi memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH), Mahdzir berkata, perkara itu terpulang kepada PAS.
Media hari ini melaporkan seorang pemimpin PAS mendedahkan BERSATU sudah diberitahu supaya tiada pertembungan berlaku di 27 ‘kerusi kritikal’ dengan UMNO, pada PRU15 walaupun Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggelar parti itu sebagai “musuh utama”.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki berkata, ia bagi memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan PH selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak bekerjasama pada PRU kali ini.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment