Politik @ My LNAPRU15

Keputusan PAS sudah dijangka – Presiden UMNO

239

13 Oktober 2022 – Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa keputusan PAS Pusat untuk terus bersama dengan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU-15 sudah dijangkakan.

Katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini, pada hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

“Dengan keputusan ini, UMNO bersama Barisan Nasional akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam Negara ini.” ujarnya.

Terdahulu, Presiden PAS Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa partinya akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU ke 15 akan datang.

Abdul Hadi turut berkata bahawa PAS tidak akan membubarkan DUN di negeri-negeri yang ditadbir oleh partinya iaitu Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...