Politik @ My LNA

UMNO Ketereh sokong keputusan MT UMNO namakan Ismail Sabri calon Perdana Menteri ke-10

127

KOTA BHARU, 14 Oktober 2022 (Bernama) – UMNO Bahagian Ketereh sebulat suara menyokong keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menamakan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail  Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sokongan berkenaan merupakan salah satu daripada lima usul yang dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat UMNO Bahagian Ketereh hari ini.

Bahagian berkenaan juga menyokong segala usaha kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang memberikan keutamaan kepada usaha transformasi kerajaan khususnya transformasi Parlimen, peralihan ke fasa endemik, pemulihan ekonomi negara, menangani inflasi dan kos sara hidup rakyat, membela nasib rakyat serta mengekalkan keamanan dan perpaduan Keluarga Malaysia berteraskan prinsip Kebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuran. 

Bahagian berkenaan juga merakamkan kesyukuran dan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri yang telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan prestasi cemerlang.

Selain itu UMNO Ketereh juga  menyokong supaya perundingan penyatuan ummah diteruskan dengan UMNO kekal mengambil sikap terbuka untuk merealisasikan penyatuan bangsa Melayu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum kali ini.

UMNO bahagian itu juga menyatakan kesediaan jentera pilihan rayanya untuk menghadapi PRU15 dengan semangat juang tinggi, setia kepada parti dan berkhidmat bersama komponen dan Sahabat Barisan Nasional untuk memenangkan parti dalam PRU kali ini.

– BERNAMA

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Pertemuan TPM II dan Ketua Pembangkang Langkah Ke Depan Pengukuhan Demokrasi di Malaysia

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Tiong mahu Akmal henti main isu perkauman

KUALA LUMPUR 19 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat....