AMEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNA

Kerajaan laksanakan penstrukturan semula kadar tol bagi bantu kurangkan beban rakyat

202

13 Oktober 2022 – Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan bahawa bagi membantu mengurangkan beban hidup rakyat, Jemaah Menteri pada 3 November 2021 telah bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat (4) buah syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian PROLINTA.

Kata KKR dalam satu kenyataan hari ini, Jemaah Menteri turut bersetuju pada 18 Mei 2022 dengan cadangan pengumuman awal pengurangan kadar tol bagi Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) yang akan bermula 20 Oktober 2022.

Manakala pengurangan kadar tol bagi Lebuhraya LEKAS dan BESRAYA di bawah kumpulan IJM Corporation Berhad yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 1 Jun 2022 akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2023.

“Kerajaan juga telah bersetuju ke atas Cadangan Pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Tol Plaza Gombak ke Tol Plaza Bentong pada 4 Mac 2022 bagi tujuan pembinaan lorong tambahan dan satu terowong baharu di Genting Sempah untuk menampung trafik yang tinggi serta menangani masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya ke Pantai Timur.

Susulan daripada kejadian banjir yang seringkali berlaku di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), kerja-kerja tebatan banjir di lebuhraya LPT1 juga akan dilaksanakan.

Kesemua kerja-kerja penambahbaikan ini mengambil kira penstrukturan semula kadar tol dengan perjanjian konsesi tambahan sedang dimuktamadkan.” kata KKR.

Jelas KKR, melalui penstrukturan terbaharu itu, Kerajaan telah menjimatkan kira-kira RM8.8 bilion dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi yang terlibat.

“Di samping itu, pengguna lebuh raya bakal menikmati kadar tol yang lebih rendah bagi meringankan beban kos sara hidup.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...